LAWATAN PENANDA ARAS KE FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI), PERAK.

18 JANUARI 2023 - Pihak pengurusan Makmal Prestasi Manusia Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM telah mengadakan lawatan setengah hari ke Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI bagi memberi pendedahan kepada peserta lawatan mengenai aspek penstrukturan pengurusan, dasar dan pemantapan polisi dalam pengurusan Makmal Prestasi Manusia di FSR. Selain itu, lawatan ini juga memberi peluang untuk pihak makmal mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam mengenai kemudahan dan infrastruktur yang tersedia di FSSK, UPSI disamping menjalin hubungan kolaborasi antara UiTM dan UPSI di masa akan datang.

Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Profesor Dr Mohad Anizu Mohd Nor (Dekan FSR), Puan Ruziyati Mohamed (Penyelaras Makmal Prestasi Manusia) dan beberapa orang pensyarah yang terlibat secara langsung berkenaan pengoperasian makmal antaranya Prof Madya. Dr Hosni Hasan, Dr Suhana Aiman, Dr Hasanah dan Puan Fatihah berserta 2 orang staf makmal iaitu Puan Siti Zulaiha Khasbullah dan Puan Hazirah Mohd.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu