Taklimat Permohonan Pengiktirafan Pusat Satelit ISN

Pihak fakulti telah hadir ke sesi taklimat permohonan pengiktirafan Pusat Satelit ISN yang telah dijalankan di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil pada 16 Januari 2023.

Taklimat ini diadakan bagi menerangkan peranan universiti yang diiktiraf untuk bekerjasama membantu meluaskan perkhidmatan di dalam bidang Sains Sukan,Sains Perubatan&Teknologi Sukan.

Pihak fakulti diwakili oleh Prof Mohad Anizu Mohd Nor (Dekan), Prof Madya Dr Hashbullah Ismail dan Prof Madya Dr Hosni Hasan. Delegasi FSR UiTM turut berpeluang untuk bertemu Prof Dato' Dr Rahmat Mohamad selaku Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara yang amat menyokong komitmen FSR UiTM terlibat di dalam pengiktirafan Pusat Satelit ISN.

Langkah seterusnya akan diambil untuk merealisasikan Pusat Satelit ISN di FSR,seterusnya dikembangkan ke seluruh cawangan dimana jua FSR berada.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu