Lawatan sambil belajar dari SMK Putera, Kota Bharu, Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Disember 2022 yang melibatkan 60 orang guru-guru dan pelajar-pelajar. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan program akademik dan fasiliti yang terdapat di FSR. Selain itu, memberi input yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar untuk merancang haluan pendidikan di peringkat universiti dengan lebih baik. Program bermula pada jam 11 pagi sehingga 2.30 petang merangkumi taklimat FSR, lawatan ke Makmal Rekreasi Luar dan Prestasi Manusia, Klinik Kecederaan Sukan, Makmal Teknologi Sukan, Fisiologi, dan Suaian Fizikal.