Lawatan ini telah berjaya dijalankan pada hari Khamis, 1 Disember 2022 yang melibatkan 40 orang guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Kubang Bemban, Pasir Emas Kelantan. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan program akademik dan fasiliti yang terdapat di FSR. Selain itu, program lawatan dapat memberi input yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar untuk merancang haluan pendidikan di peringkat universiti dengan lebih baik. Program bermula pada jam 10 pagi sehingga 2 petang merangkumi taklimat FSR, lawatan ke Makmal Rekreasi Luar dan Prestasi Manusia, Klinik Kecederaan Sukan, Makmal Teknologi Sukan, Fisiologi, dan Suaian Fizikal.