MISI AKADEMIK DI SMK DATO DOL SAID

Delegasi Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam yang dibarisi oleh

Encik Muhammad Faizal Bin Kutip, Dr Cassendra Gilbert, Dr Maisarah Shari, dan Encik Muhammad Farid Hilmi Bin Aidit serta seorang pelajar, Che Muhammad Aidil bin Khairulanuar telah ke selatan tanah air, bagi menjayakan misi akademik bertempat di SMK Dato’ Dol Said, Alor Rajah, Melaka.

Program satu hari ini bertujuan menyantuni para pelajar dari 3 buah sekolah iaitu SMK Dato’ Dol Said, SMK Dato’ Hj. Talib Karim dan SMK Seri Pengkalan untuk berkongsi informasi dan memberi pendedahan mengenai program pengajian yang ditawarkan di FSR sebagai pilihan utama bagi mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang tertinggi.

Program ini juga menyaksikan perkongsian berkenaan peluang kerjaya di dalam industri sukan dari para pensyarah FSR disulami dengan beberapa aktiviti interaktif bersama para pelajar.

Melalui program ini, diharapkan para pelajar dapat mengambil manfaat dan seterusnya membuka mata para pelajar menjadikan FSR sebagai satu pilihan utama institusi pengajian tinggi, lantas mewujudkan jaringan kerjasama di antara pihak fakulti dan sekolah.

 

 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu