FSR FAMILY DAY 2024

Jawatankuasa Kelab Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Hari Keluarga FSR (FSR Family Day) 2024 dengan jayanya di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan. Antara yang menghadiri program ini adalah kakitangan yang terdiri daripada staf akademik dan staf pendadbiran FSR. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, sukaneka, persembahan pakaian anekaragam kanak-kanak serta cabutan bertuah yang mewarnai hari keluarga pada tahun ini. Diharapkan dengan penganjuran ini, dapat merapatkan ukhwah, persahabatan dan hubungan sesama rakan sekerja dan mencambah benih keharmonian di peringkat Fakulti. Diharapkan juga agar program ini dapat diadakan lagi pada setiap tahun supaya ukhwah ini terus terjalin dan menjadi ikatan abadi sepanjang hayat.

 

 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan

 

 

Main Menu