PROGRAM MEMASAK DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK ANJURAN FSR 2024
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam menganjurkan program memasak dan agihan bubur lambuk yang bertempat di hadapan Makmal Suaian Fizikal, UiTM Shah Alam. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Dekan FSR, Prof Madya Dr Raja Mohammed Firhad bin Raja Azidin dan juga warga kerja FSR yang bertungkus-lumus menyiapkan juadah bubur lambuk ini.