Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan satu ceramah umum Yakult yang disampaikan oleh Dr. Tomoaki Naito dari Institut Pusat Yakult, Jepun pada 31 Julai 2025 di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan pengurusan kanan fakulti yang diketuai oleh Dekan FSR, Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dr. Siti Aishah Wahab (Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Dr. Hosni Hasan (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri), dan Dr. Mohd Zulkhairi Bin Mohd Azam (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar).
Turut menyerikan program ialah kehadiran Pengarah Urusan dari Yakult Malaysia, En. Hiroki Yanase, serta Cik Mazlyn Mena Mustapha, Pengarah Bersekutu bahagian PR dan Sains Yakult Malaysia dan Cik Lim Siew Ling, Pengurus PR dan Sains Yakult Malaysia. Seramai 70 peserta telah hadir untuk mendengar Dr Naito menyampaikan ceramah bertajuk ‘Exploring the impact of Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain on Human Health and Immune Function’ dan berkongsi hasil kajian terkini yang dijalankan di Insitut Pusat Yakult.
Sesi soal jawab yang berlangsung telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada para peserta. Majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah dalam suasana meriah dan penuh debaran dengan 10 hadiah yang menarik termasuk barangan elektronik dan produk Yakult. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringkas.

