Select your language

MAKMAL PRESTASI MANUSIA SANTUNI KOMUNITI MELALUI SARINGAN KESIHATAN

Makmal Prestasi Manusia, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam telah membuka booth saringan kesihatan sempena Hari Sukan Seven Skies International School yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam. Pelbagai ujian kesihatan telah ditawarkan kepada peserta dan pengunjung antaranya ujian HbA1c, lipid profile, komposisi badan serta beberapa penilaian kecergasan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.
 
Sesi konsultasi turut dibantu oleh Dr. Saidatul Nur Syuhadah Mohamed Sabadri dan Dr. Noraini Mansor yang memberikan penerangan serta nasihat kesihatan kepada pengunjung. Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
 

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan