Makmal Rekreasi Luar (RecLab) Shah Alam telah menjalankan sesi ujilari bagi dua buah _inflatable boat_ bersama enjin Suzuki 20hp di Kolam Basah 8 UiTM Kampus Puncak Alam. Sesi ini bertujuan memastikan aspek keselamatan, fungsi operasi serta kesesuaian penggunaan bot untuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan latihan rekreasi air pelajar berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur keselamatan ditetapkan.
Ujilari turut dihadiri oleh wakil pihak Bendahari UiTM serta pembekal dinghy (inflatable boat) dan enjin Suzuki bagi tujuan pemeriksaan teknikal dan pengesahan penerimaan aset. Diharapkan peralatan baharu ini dapat memperkukuh pengalaman pembelajaran berasaskan amali (experiential learning) selain menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan, keselamatan air dan kepimpinan pelajar dalam bidang rekreasi luar.

