Select your language

AMANAT DEKAN FSR 2026 - MENYATU VISI, MENGGERAK PRESTASI, MENCIPTA IMPAK

Amanat Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi 2026 telah berlangsung semalam dengan penuh pengisian bermakna, menghimpunkan seluruh warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) secara hibrid. Program ini dihadiri oleh staf di Shah Alam bertempat di Dewan Kuliah 1 serta staf di cawangan melalui platform Google Meet. Amanat ini merangkumi pengumuman pelantikan baharu, perancangan aktiviti strategik, serta sorotan pencapaian fakulti sepanjang tahun 2025 sebagai refleksi usaha kolektif dan komitmen berterusan warga FSR.
 
Dalam ucapannya, Dekan FSR, Prof. Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, turut menegaskan hala tuju fakulti yang selari dengan visi, misi dan objektif baharu Universiti Teknologi MARA. Penekanan diberikan kepada pengukuhan tadbir urus, kecemerlangan akademik dan penyelidikan, pembangunan bakat, serta impak kepada komuniti dan industri. Amanat ini menjadi pemangkin kepada penyelarasan strategi dan tindakan warga FSR bagi memastikan kelestarian kecemerlangan fakulti pada masa hadapan.

CONTACT US

Faculty of Sports Science & Recreation

Bangunan Akademik 3, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Tel : (+603) 55442912/2913 
Faxs : (+603) 55442910 

Email : fsr@salam.uitm.edu.my 

           

           

AduanCadangan