PENGENALAN

Latihan Industri membantu pelajar mendapat pendedahan dan pengalaman dunia kerjaya di hos organisasi yang berkaitan selaras dengan hasrat Universiti untuk melahirkan modal insan kelaspertama yang berpengetahuan, berdaya saing, berfikiran kreatif, inovatif, kritis dan analitikal serta berketerampilan. Di samping itu, ianya mampu melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran teknikal dan insaniah untuk mempertingkatkan kebolehpasaran (marketability) dan kemahiran bolehkerja (employability skill) pelajar bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

 

OBJEKTIF

Panduan ini disediakan untuk memastikan urusan pengendalian latihan industry dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancer mengikut tugas yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi sistem kualiti FSR.

 

SKOP

Panduan ini digunapakai oleh Jawatankuasa Pentadbiran Fakulti untuk memastikan pengendalian latihan industry dapat dilaksanakan oleh semua staf FSR

 

DEFINISI

  • Latihan Industri - Latihan Industri adalah merujuk kepada penempatan pelajar di hos organisasi sama ada di luar ataupun di dalam negara untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan sebenar pekerjaan yang diselia dalam satu tempoh jangka masa yang yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Diploma atau Sarjana Muda.
  • Hos Organisasi - Hos Organisasi bermaksud syarikat, jabatan kerajaan atau badan berkanun yang bersetuju menerima pelajar untuk menjalani latihan dalam satu tempoh tertentu.
  • Fakulti - Fakulti yang bertanggungjawab ke atas kursus latihan industry diperingkat Diploma, Sarjan Muda bagi memenuhi syarat bergraduat.
  • Koordinator Latihan Industri - Koordinator Latihan Industri adalah pensyarah yang dilantik untuk bertanggungjawab dalam menguruskan semua perkara berkaitan dengan latihan industry diperingkat fakutli/kampus.
  • Pensyarah Penilai Latihan Industri -  Pensyarah Penilai Latihan Industri adalah pensyarah yang dilantik di peringkat fakulti bagi menyelia penilaian latihan industry pelajar dalam tempoh latihan industry dan boleh juga merangkap sebagai pensyarah pemantau dalam tempoh latihan industry.
  • Penyelia Industri - Penyelia Industri adalah pegawai industry yang berkelayakan serta berpengalaman untuk menyelia, memberi tunjuk ajar dan menilai kepada pelajar sepanjang tempoh Latihan Industri.
  • Buku Log - Buku Log merupakan buku catatan kerja harian para pelajar dan penilai akan dibuat terhadap pelbagai aktiviti/tugasan yang berkaitan serta catatan/komen mingguan oleh Penyelia Industri.
  • Garis Panduan Pembelajaran - Garis panduan pembelajaran yang diwujudkan oleh Hos Organisasi atau Fakulti atau kedua-dua pihak bagi menyenaraikan skop tugas spesifik pelajar dalam bidang pengkhususan sepanjang tempoh latihan industry agar mendapat pendedahan dan pengalaman yang berguna.