Dua orang pelajar FSR UiTM Shah Alam iaitu saudara Mohamed Khairi Aiman Bin Mohamed Suhaini & saudari Nur Atika Sabrina Binti Ibrahim telah terpilih mewakili Malaysia ke FISU Volunteer Leaders' Academy pada 2-10 Julai 2017 di Kazan, Rusia.

Mereka dipilih berdasarkan pengalaman yg luas dan aktif sebagai sukarelawan di pelbagai peringkat sejak mula bergelar mahasiswa UiTM. Proses pemilihan ini telah dilakukan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan dianjurkan oleh International University Sport Federation (FISU).

Mereka juga bakal menerajui sukarelawan bagi 2018 World University Championship Shooting Sport dan 2018 World University Championship Badminton di Malaysia.

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MEREKA BERDUA !!!